Wednesday, 12 June 2013

TARIKH TUTUP TEMPAHAN KUIH RAYA

Tempahan KUIH TIRAM untuk Hari Raya Aidilfitri akan ditutup!!! 
(22 June 2013 Mid Night) 

KUIH RAYA pula akan ditutup pada 9.7.2013


Sila buat tempahan anda sekarang!
PM kami untuk membuat tempahan..



MEE KARI



Anak-anak saya memang suka sangat makan mee. Buatlah mee apa pun, pasti selesai. Hehehe...so, ini salah satu menu kegemaran mereka...


Untuk Kuahnya :

10 ulas bawang merah @ 3 ulas bawang besar

8-10 ulas bawang putih
Halia
Daun kari
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga
.ikutlaaa
Fish ball
Fish cakes
Tauhu keringRencah pilihan anda (ketam/ayam/udang)
Rempah kari daging 
(guna Adabi klo nak pedas/Guna BABAS untuk mild skit)
(lebih kurang 1 suku paket besar/satu peket kecik)
Cili giling/cili kering blend dalam setengah cawan kot nak pedas...klo tak..kurangkan)
Air secukupnyer
Santan 1 kotak (akak guna KARA jer…males hehehe nak pekat tambah la )
Asam jawa skit
Garam secukup rasa

  1. Masak jer sama cam masak kari biasa...
  2. buh minyak skit dan masukkan Bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga dan daun kari. Tumis hingga naik bau...
  3. masukkan bawang putih, bawang merah dan tumis sebntar.agak2 garing, masukkan serbuk kari dan cili giling. Tumis hingga naik minyak
  4. Masukkan air secukupnya. Pastu, campurkan asam jawa dengan sedikit air dan tuangkan kedalam kuah kari tadi..klo ayam dan ketam..leh masuk dah...
  5. Agak2 mendidih, masukkanlah semua bahan2 yang lain.Perasakan(klo udang..masuk skang) dengan garam...biarkan ia mendidih skali lagi. Sedia untuk di curahkan keatas mee kuning yang sudah direbus dan di toskan.
  6. Ada gak yang suka buh telur rebus, taugeh, bawang goreng dan sawi celur sebagai rampai mee kari. Saya tak bubuh pun..hehehe...

PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2013 TARIKH : 24 Julai - 3 OGOS 2013 / KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, JALAN CONLAY

Sedang direhatkan untuk ditoskan minyaknyer...

Ada yang berminat nak memasarkan kuih tiram saya. Seronok? Mestilah..nama pun rezeki...tapi, mampukah memenuhi permintaan? Adakah saya mempunyai kelapangan untuk menyiapkannya? Maklum ajerlah..nama pun wat sorang2 jer...larat tak agak2nyer?  hmmmm.....