Saturday, 28 September 2013

RESIPI TART NENAS BUNGA/NYONYA

Inti Tart yang telah digentel
Tart yang telah selesai dibubuh inti..tinggi2 tau


Dah masak

Setelah disejukkan

Belahan tengah Tart..

Sedia untuk penghantaran



RESIPI TART NENAS BUNGA/NYONYA

Dari blog kak Fauziah Samad..memang sedap

BAHAN2NYA:
150 gm tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
secubit garam
1½ sudu besar gula icing
100 gms butter (pure unsalted butter dipotong dadu)
1 kuning telor
air sejuk (berais)

JEM NENAS:
250gm nenas yg telah disagat
150 gm gula pasir
1 sudu besar jus lemon
cara membuatnya:
masak nenas sampai agak2 pekat baru bubuh gula...masak lagi sampai pekat. kalau suka boleh buh tepung jagung sikit.

CARA MEMBUAT PASTRI:
Ayak tepung, tepung jagung,garam dan gula ising ke dalam mangkuk besar. Masukkan butter, ramas perlahan2 guna hujung jari (rub in method). Bila dah berderai, masukkan kuning telor dan uli. Kalau perlu, bubuh sedikit air sejuk hingga menjadi doh. Rehatkan doh kira-kira  25 minit. Turap kira-kira suku inci dan gunakan acuan tart. Cepit guna penyepit keliling doh itu dan letakkan kira2 satu sudu jam nenas. Bakar 10 hingga 15 minit, kepanasan 180 c.

BIG 3 INCH COOKIES. SPECIAL ORDER


M & M Choc Cookies with extra nuts


Tempahan seorang rakan lama. Katanya nak besar2 sebab dia nak jual semula di Universiti. Dia pack semula dan jual sekeping2. Antara cookies yang di tempah dalam size yang sama ..

Swirly Choc Chips Cookies
Raisins with Cereal Choc Cookies

Banyak jugak, hampir 200 pieces. Swirly dan M & M mendapat sambutan yang tak di duga.Tak sempat di pack pun dah ader yang nak beli. Alhamdulillah.....

Tujuan jualan adalah untuk membuat kajian tentang proses penjualan produk bagi salah satu assignment beliau di Universiti.Harapnyer, presentation beliau juga berjalan lancar seperti jualan..Ameeennnn...

SELESAI SUDAH PSRA & UPSR


Apa yang lebih baik dari sup panas untuk insan-insan yang demam selsema.Inilah menu breakfast buat suami dan anak yang dok sok sek..sok sek jer selsema. Sup panas buat hidung rasa selesa. Masa kerja dulu kawan saya dipejabat (Chinese) akan suruh saya minum teh bunga dengan lemon di tambah dengan wolf berries.Memang selesa.Clear sup nih simple jer..aper yang dimasukkan ikut suka kita....saya selalu tumiskan sikit bawang putih dan bawang merah, sedikit cili padi (klo sakit tekak diganti ngan lada sulah) then tambah air...pastu bubuh sayur-sayuran pilihan(saya suka buh cendawan shitake) dan rencah ayam/udang/daging jika suka....dah tu jer...

Dalam keadaan yang tak sihat dan selsema..anakanda ku dah selamat menduduki peperiksaan UPSR dan PSRA..rasa ringan sikit hati setelah semuanya berlalu. Usaha dah sakan dah. Moga dia dah buat yang terbaik.Macam mana anda menyediakan anak-anak untuk peperiksaan? Saya tekankan lebih pada latihan...sebab pada saya, dengan latihan, lebih mudah anak kita ingat. Saya mengajar anak membuat ringkasan nota agar tidak terasa terlalu banyak untuk dibaca bila mengulangkaji.

Tapi, saya ni risau bebenor..hari nak peksa..saya akan bacakan nota tuh kuat2 sambil dia menyiapkan keperluannya untuk ke sekolah....hehehe..setakat ni, cara tuh nampak berkesan. Plus, one to one is better kan...kita bleh tahu trend study anak kita, apa yang dia tak tahu dan setakat mana dia tahu. Nak harapkan cikgu, manalah nak menang tangan. Kita ibu bapalah yang mengukuhkan pendidikan tersebut di rumah jika berkesempatan...I did the best that I can do..Mr.Google juga banyak membantu.

 Moga keputusannya memberansangkan...In Sya Allah