Sunday, 9 June 2013

KUIH RAYA ! KUIH RAYA! MAI BELI...! MAI BELI!


Hahhhhh..Raya dah nak dekat,...nak kuih raya? Kuih raya saya ni tak lah mahal sangat. Harga mampu milik kata orang. Semua nih harga Self-Collect yer. Cepat yer....Collect date, seminggu sebelum raya. Tempah sekarang kerana kuantitinyer terhad!

TART NENAS GULUNG
1 Box/RM18.00
(bekas sama dengan kuih makmur)

KUIH MAKMUR
1 Box/RM20


KUIH MAKMUR
Side view

KUIH MAKMUR
Saiz Kuih

BISKUT KACANG
1 Box/RM18.00
BISKUT GAJUS
1 Box/RM28.00
Bekas kuih sama ngan BISKUT TEMBIKAI

BISKUT TEMBIKAI
1 casing/RM27.00

HOT ITEM!
NUTTY CHOC COOKIES
1 Box/ RM25.00
HOT ITEM!
KUIH TIRAM
500grams/RM15.00

Okey..dalam nih mesti tak nampak saiz kan..Kuih Tiram, Kod saiz bekas microwave ialah T3000.
Di bawah ni, saiz box kuih.


.

KARIPAP oh KARIPAP


Takut betul masa mula2 jual.Maklumlah..kat kawasan saya ni ramai yang jual karipap. Takut orang tak suka, takut kena kritik n of coz, sedap di tekak saya, mungkin tak sedap di tekak orang lain. Namun percubaan pertama membuahkan hasil yang menggalakkan.

Tempahan yang telah selamat tiba di FMM, Sri Damansara utk Hi-Tea




Sedia untuk digoreng. Karipap Kentang.
Saya mula menjualnya setiap hari di gerai.Bukan gerai saya, tumpang gerai kawan2.Saya ada anak-anak kecil yang tak sampai hati nak ditinggalkan...huhu...kemudian, dek kerana tak larat nak melayan karipap tuh hari2, saya bukak tempahan. Saper nak karipap kena tempah, Haaaaahhhh..baru la senang nak arrange masa.Rasanya pun orang dah tahu, so..xderlah susah nak promote pastu.

Harga Karipap Kentang ni RM0.50 sebiji
Besar Karipap nih, intinyer pun penuh


Salah satu gerai yang saya tumpang masa mula2 jual karipap. Banyak berjasa  akak ni pada  saya.




KEK KARAMEL

Harganya RM42.00 (Self Collect)
PM saya di https://www.facebook.com/pages/Mazleys-Homemade/395888440478284?ref=tn_tnmn


kek karamel bentuk bulat
Baru nampak lapisan-lapisannya.
Deco simple.Kek karamel 4 segi.Klo nak tulis nama, n deco berbeza, leh request.

Sedia untuk diserahkan kepada pelanggan


Kek karamel ni sejak diperkenalkan..Alhamdulillah, ader jer yang "repeat order". Setiap lapisan mempunyai rasa yang berbeza.Tempahan perlulah dibuat awal yer...2 atau 3 hari sbelum hari nak "collect".

KUIH TIRAM


Posing jangan tak posing. Beliau membeli 8 bekas Kuih Tiram serentak setelah merasa sample pertama saya.Katanya, dia sukakanya kerana sangat rapuh.

Masa mula2 buat, tak sangka ianya menjadi kegemaran ramai. Seorang kawan mencadangkan saya untuk menjualnya setelah mencuba hasil Kuih Tiram saya yang pertama. Alhamdulillah, tempahan tak putus2 hingga hari ini, Alhamdulillah.

Harga sebekas 500gram (kadang-kadang lebih sbb nak penuhkan bekas) RM15.00
Lawati kami di Facebook dan PM untuk menempah.
https://www.facebook.com/pages/Mazleys-Homemade/395888440478284?ref=tn_tnmn

Bahannya mudah tetapi membuatnya perlu kesabaran yang tinggi. Kuih ni kena belek satu2. Kuih tradisonal la katakan.Jenuh jugaklah klo nak siapkan barang sebekas. Tapi rasanya berbaloi2.....


NUTTY CHOCOLATE CHIPS COOKIES



Ni memang favorite lah.Budak maner yang tak suka.Selain membuat cookies ni utk anak-anak. Saya turut menjual cookies nih. Yerlah..biar semua dapat merasa. Takderlah dok tengok gambar jer kan?...Ader banyak resipi di laman web, semuanya actually sama sahaja. Apa yang membuatkan Biskut ni sedap cuma "Good Quality Chocolate"





Harga sebalang RM25.00
Self-Collect
Bagi yang bekerja sekitar Jalan Duta,Taman Tun Dr.Ismail dan Sri Damansara boleh PM saya di
https://www.facebook.com/pages/Mazleys-Homemade/395888440478284?ref=tn_tnmn

RENDANG AYAM



Masak Rendang Ayam semalam. Semuanya ayam peha jer..hehehe.. beli murah kat TESCO. Harga sekilo ayam seekor sama ngan harga sekilo peha ayam. Lama dah tak buat...anak2 dah teringin. Request tak tahu dah berapa kali.

RENDANG AYAM MAZLEY

8 ketul peha ayam
5 batang serai
2 inci lengkuas
1 1/2 inci halia
1 cawan cili kering kisar (nak kurang pedas bleh kurangkan)
2 keping asam jawa
1 sudu kecil serbuk kunyit
Sebiji bawang besar (atau 5 ulas bawang kecik)
4 ulas bawang putih
Santan KARA setengah kotak
Kerisik satu senduk nasi
Daun kunyit dihiris nipis (x bubuh sbb takder)
Garam dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

1. Gaulkan ayam yang telah bersih dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng separuh masak. Ni nak bagi rendang tahan lama

2. Kisar serai, lengkuas, bawang2,halia dan cili hingga halus dan tumiskan hingga garing.

3. Perasakan dengan garam, asam keping dan serbuk perasa.Masukkan ayam...biar ayam masak hingga empuk.

4.Masukkan Santan.dah mendidih sedikit, masukkan kerisik. Gaul rata.agak2 suka kering skit, lebihkan kerisik tuh..biarkan sebentar....

Siap untuk dihidang.

BLOG LA PLAK

Haiiiiiii!!!! Assalamualaikum!!!!

Jumpa kita disini pula....sesiapa yang baru mengenali Mazley's Homemade, bolehlah menjenguk ke Facebook kami di 
https://www.facebook.com/pages/Mazleys-Homemade/395888440478284?ref=tn_tnmn