Sunday, 26 January 2014

BROWNIES SEMPOI!

Memang sempoilah..dapat dari MyResipi tapi telah saya ubahsuai...nak try sebab ingin menghabiskan sisa2 bahan baking yang nak dihabiskan. pasni bleh restock yang baru.

Mula2 kita panaskan oven 170d ..

Bahan2nya ialah :

1/3 cawan tepung
1 sk baking soda
1/4 cawan mentega-dicairkan
2/4 cawan gula pasir
1/4 cawan gula merah
2 sb susu cair
2 biji telur dipukul manja
esen vanila

Kekacang, cip coklat, karamel jika suka

Bahan A
tepung diayak bersama serbuk koko dan baking soda

Bahan B
Mentega dicairkan
Masukkan gula, gula merah, esen vanila, susu cair dan telur ke dalam mentega dan kacau sebati

Kemudian masukan bahan A perlahan2 ke bahan B...pastikan sebati

Dalam loyang 4 segi (standard), griskan seluruhnya dengan mentega, kemudian lapikkan dengan baking paper seluruh loyang agar mudah dikeluarkan.

Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang

Taburkan diatasnyer cip coklat atau kekacang. jika suka, drizzle dengan sedikit karamel di atas kacang tersebut... :)

Bakar selama 35-40 minit.

topping takder sebab takder supply dah tapi teksturnya puashati!