Thursday, 1 August 2013

KUIH BAKAR KEMBOJA


KUIH BAKAR Mazley's Homemade

Bahan-bahannyer (dapat 2 loyang)

2 cawan tepung gandum
1 cawan jus Pandan(seikat daun pandan di blend dengan secawan air)
4 cawan santan KARA
6 biji telur ayam (basuh tau)
1 sdk Soda Bikarbonat
1 cawan gula
sedikit marjerin
sedikit garam

50 gram Bijan disangai (agak2)



Preheat oven Suhu di bakar 180.Oven api atas bawah 40-45minit..

Masukkan loyang kosong yang dilenser ngan minyak ke dalam oven.

Blend semua bahan diatas kecuali bijan (saya blend dua kali sbb tak muat blender)

Dah panas..kuarkan dan tuang adunan ke dalam loyang...separuh jer tau..kuih ni naik nanti.

Masuk balik dalam oven..then lepas 15 minit, kuarkan balik..tabur bijan.Masuk semula..

Cukup masa cucuk lidi satay tuh..kuar bersih..masaklah..

Biar dia sejuk dalam oven.Kuih nih klo sejuk, dia renggang dari loyang n kuncup ke bawah. Bolehlah di kuarkan.

No comments:

Post a Comment